08/14/2008

Tugasan 1 (Ulasan Jurnal)

Kajian Bacaan.ppt

Sejarah Blog

SEJARAH BLOG.ppt

03:29 Posted in Blog | Permalink | Comments (0) | Email this

07/27/2008

Bina Blog

Assalamu'alaikum / Salam Sejahtera,

Mahukah anda menjana blog? Atau mendapatkan pelawat ke laman web internet anda dengan mudah melalui blog? Sudah ramai yang berjaya mempromosikan diri dengan hanya menggunakan blog. Ada juga mereka yang menjadikan blog sebagai 'pintu masuk' untuk pelawat ke laman web jualan produk mereka. Tetapi, anda perlu bermula dengan betul dan bersistematik dan ia memerlukan satu strategi dan teknik yang berkesan.

Anda mungkin salah seorang daripada mereka yang tidak tahu membina blog sendiri dan bagaimana mendapatkan pelawat ke blog anda. Anda sering meminta bantuan orang lain, bertanya, mencari, namun masa anda terus habis begitu sahaja dan tidak dapat membina blog anda sendiri.

Menjadi kehendak ramai orang sekarang ingin memiliki blog sendiri bagi tujuan yang pelbagai pendapatan sama ada sampingan atau sepenuh masa di internet. Dengan memiliki blog, anda boleh menggunakannya untuk pelbagai tujuan dan dengan berbagai cara bagi matlamat yang sama.

Kelebihan memiliki blog adalah:

Membina kredibiliti bagi kepakaran anda

Mendapatkan trafik 'percuma' ke laman web perniagaan anda

Dapat menyertai program Google Adsense dan program affiliate

Berkomunikasi dengan bakal pelawat anda

Mempromosikan perniagaan konvensional anda dengan berkesan

Menambah rangkaian perniagaan melalui internet

dan banyak lagi faedah blog!



Sesiapa Sahaja Perlu Memiliki Blog

Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog kini merupakan satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan, dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat.

Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang anda tulis tersebut atau mengenali diri anda! Jika anda seorang usahawan, sudah pasti produk atau servis anda akan diketahui akan kewujudannya!

Ramai yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika anda perhatikan, begitu ramai usahawan internet memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Blog adalah satu 'tools' (teknologi) yang amat berkuasa di dalam menjana pendapatan atau mendapatkan trafik ke laman web perniagaan internet mereka. Anda juga boleh melakukan seperti mereka jika anda tahu caranya..


Masalah Kebanyakan 'Newbie' (Orang Baru)

Rata-rata kebanyakan orang yang baru ingin bermula di arena 'blogging' atau dalam proses memiliki blog mengalami beberapa masalah seperti berikut:

Tidak tahu membina blog sendiri

Bermasalah dengan hal teknikal blog - tiada panduan mudah dan lengkap!

Bermula dengan langkah yang salah

Memilih topik blog yang tidak menguntungkan

Takut untuk bermula kerana 'zero' ilmu atau keliru

Tidak dapat menguruskan blog dengan baik

Blog tidak terkenal, pengunjung tidak ramai, hasil tak setimpal

Tiada 'mentor' atau seseorang yang memberikan panduan

Perlu mengupah orang lain dengan kos yang tinggi

Dan banyak lagi masalah yang berkaitan..


Perhatikan, begitu banyak masalah yang dihadapi oleh ramai orang dan mungkin diri anda sendiri. Ketahuilah, masalah yang akan anda hadapi bukan sahaja di peringkat pembinaan blog, malah di peringkat semasa menguruskan blog tersebut dan di dalam usaha mendapatkan pengunjung. Tahukah anda bagaimana caranya untuk memastikan blog anda kekal wujud dan diminati ramai?

Tentu anda ingin berjaya di dalam 'blogging' (aktiviti ber-blog) bukan? Jika ya, maka anda perlu mendapatkan sesuatu yang dapat membantu anda dari membina blog secara mudah dan bagaimana memulakan 'kehidupan' blog anda itu. Satu aspek penting pada blog adalah adanya trafik (pelawat) yang ramai, jika tidak anda akan mendapat hasil yang kurang.



Sumber dan diubahsuai dari : http://membuatblog.com/

07:15 Posted in Blog | Permalink | Comments (0) | Email this